fbpx
Kakitangan HSNZ memberikan penghormatan walk of honor kepada jenazah Muhammad Syukri (gambar kecil) sewaktu prosedur pemindahan organ di Kuala Terengganu semalam.

Syukri mengadu gastrik sebelum meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Keluarga penderma organ, Muhammad Syukri Bazli berbangga dapat menunaikan hasrat murni Allahyarham untuk terus berbakti biarpun selepas pemergiannya.

Bapa saudara arwah, Azlan Yahya, 58, berkata, biarpun tidak pernah memberitahu sesiapa sebagai penderma organ, mereka sekeluarga akur ‘wasiat terakhir’ Muhammad Syukri, 31, itu.

“Sewaktu hayatnya, arwah (Muhammad Syukri) seorang sangat penyayang dan gemar menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan.

“Sehubungan itu, kami tidak terkejut jika dia menyimpan hasrat untuk mendermakan organ selepas kematiannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Terdahulu, jenazah Muhammad Syukri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Peroh, Hulu Terengganu selepas solat Isyak kelmarin.

Azlan berkata, Muhammad Syukri yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran tomyam di Kuala Berang, Hulu Terengganu meninggalkan seorang balu, Nurul Hanis Amelia Ramli, 32, dan tiga anak berusia antara satu hingga enam tahun.

Katanya, dia berharap perbuatan mulia Muhammad Syukri itu dapat menjadi ikutan dan kebanggaan anak-anaknya yang masih kecil apabila mereka dewasa kelak.

“Arwah (Muhammad Syukri) mendermakan buah pinggang dan hati kepada tiga pesakit memerlukan yang sudah menunggu di Hospital Selayang, Pusat Perubatan Universiti Malaya serta Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur.

“Selain itu, saya dimaklumkan tulang dan kulit arwah pula akan digunakan untuk manfaat ­mangsa kemalangan, kanser atau melecur,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Azlan berkata, kematian Muhammad Syukri akibat komplikasi jantung pada mulanya amat mengejutkan memandangkan arwah masih muda dan tidak pernah menunjukkan sebarang simptom kurang sihat sebelum ini.

Dia berkata, Muhammad ­Syukri yang merupakan anak kedua dari lima beradik rebah sewaktu dalam perjalanan ke sebuah klinik di Wakaf Tapai, Marang untuk mendapatkan rawatan pada 21 April lalu setelah lima hari mengadu gastrik.

“Dia kemudian dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

“Arwah meninggal dunia pada pukul 12.06 tengah malam semalam (kelmarin). Selepas mendengar penerangan, kami sekeluarga setuju pendermaan organ diteruskan agar dapat memberi sinar baharu kepada pesakit memerlukan,” katanya.

Terdahulu kakitangan HSNZ memberikan penghormatan walk of honor sebagai tanda penghargaan kepada arwah berikutan sumbangan organnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN