fbpx
Noor Atikah dilaporkan hilang di Kajang sejak 19 April lalu.

Di mana Noor Atikah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah rumah di Jalan Good View Height 9, di sini, pada 19 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa kira-kira pukul 6.32 petang pada hari kejadian.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Noor Atikah Mohd. Aiman itu dipercayai hilang pada pukul 4.30 pagi, hari sama.

“Remaja itu mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 40 kilogram, berkulit sawo matang serta berbadan kurus kecil.

“Mangsa juga tidak bertudung dan berambut lurus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lokasi terakhir mangsa adalah di No. 46, Jalan Good View Height 9, Kajang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN