SEPAK takraw di Malaysia merupakan sukan warisan yang mempunyai peminat dan pengikut tersendiri, selain terus bertransformasi ke era profesional masa kini. Berasal daripada permainan tradisional sepak raga di zaman Kesultanan Melayu Melaka, sepak takraw kini diiktiraf sebagai salah satu sukan terpenting di Malaysia. Buktinya, 14 April lalu menjadi sejarah buat sukan sepak takraw negara apabila perasmian Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia (ASTM) dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berperanan sebagai pusat latihan sistematik, kerajaan……














