fbpx
DPMM FC tidak memberi laluan mudah buat The Cats pada aksi Liga Super, sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

Liga Super: Kuching City terlepas peluang pintas Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Impian Kuching City untuk merapatkan jurang dengan Selangor FC tidak kesampaian selepas tercicir mata apabila terikat 2-2 dengan Brunei DPMM dalam aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

Pada pelawanan itu, The Cats yang masih segar dengan kejayaan mara ke final Piala Malaysia memulakan aksi dengan langkah kanan selepas meraih gol menerusi Danial Asri seawal minit ke-6.

Namun, DPMM berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jordan Rodrigues pada minit ke-23 untuk merentap emosi pasukan pelawat.

Momentum tuan rumah diteruskan apabila pemain import, Jordan Murray turut mencetak nama selaku penjaring apabila menyempurnakan hantaran Syafiq Ahmad pada minit ke-30.

Bersambung pada babak kedua, Kuching City diberikan sepakan penalti pada minit ke-63 tetapi rembatan Ronald Ngah Wanja berjaya diselamatkan penjaga gol DPMM, Muhammad Haimie Abdullah Nyaring.

Namun, tuah memihak kepada pasukan pelawat apabila diberikan satu sepakan penalti pada masa kecederaan dan kesempatan itu disempurnakan oleh Jordan Mintah dengan keputusan 2-2 kekal hingga wisel penamat.

Keputusan seri itu menyaksikan skuad The Cats kekal di tangga ketiga dengan mengumpul 44 mata, dua mata di belakang Selangor yang kini menghuni kedudukan kedua ketika saingan berbaki tiga perlawanan.

Sementara itu, Imigresen FC turu melakar kemenangan bergaya apabila membelasah PDRM FC 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang tadi.

Penyerang Imigresen FC, Wilmar Jordan meledak jaringan hatrik manakala dua gol lagi disumbangkan Eduardo Sosa dan Elvis Kamsoba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN