fbpx
AZIZULHASNI Awang membuktikan kayuhan emasnya masih berbisa selepas menjuarai Piala Dunia Trek di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi.

Azizulhasni juara Piala Dunia Trek, tewaskan Lavreysen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengotakan janjinya apabila menjuarai acara keirin pada Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional di sini, sebentar tadi.

Pada aksi final itu, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu membuktikan kayuhannya sebenarnya berbisa apabila berjaya mengatasi juara Olimpik lima kali dari Belanda, Harrie Lavreysen yang memberi tentangan cukup sengit hingga ke garisan penamat.

Bermula di kedudukan kelima daripada enam pelumba, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman bijak mengatur strategi dengan mengekori rapat kelompok hadapan sebelum melancarkan henjutan luar biasa pada pusingan terakhir untuk memintas Lavreysen dan wakil Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul.

AZIZULHASNI meraikan kemenangan di laman sendiri selepas menjuarai acara keirin di Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional, Nilai.

Langkah anak jati Terengganu itu langsung tidak tergugat dengan reputasi besar Lavreysen apabila pelumba Belanda tersebut cuba menutup ruang pada baki dua pusingan terakhir, namun pengalaman dan keberanian Azizulhasni nyata menjadi pemisah dalam perlumbaan penuh mendebarkan itu.

Kemenangan tersebut sekali gus menghadiahkan emas bermakna buat pelumba berusia 38 tahun itu di hadapan penyokong tanah air memandangkan ini adalah Piala Dunia terakhir di laman sendiri.

Lebih manis, kejayaan itu merupakan emas kedua Azizulhasni dalam acara keirin musim ini selepas turut menjuarai pusingan di Perth, Australia pada Mac lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN