fbpx
Noor Svetlana sewaktu berada di luar Mahkamah Rendah Toyama sebelum mendengar prosiding kes Faiq di Jepun semalam.

Faiq dipenjara empat tahun di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Muhammad Faiq Zafran Mohd Jailani, 24, berasal dari Manir di sini yang ditahan di Jepun sejak November tahun lalu dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas tiga kesalahan menipu oleh Mahkamah Rendah Toyama semalam.

Hukuman penjara terhadap graduan politeknik tersebut bermula sejak tarikh penahanan reman sejak 18 November lalu.

Keluarga Muhammad Faiq Zafran menerusi peguam lantikan, Datuk Noor Svetlana Mohd. Noor Nordin akan membuat rayuan berhubung hukuman demikian.

Noor Svetlana berkata, hakim mahkamah rendah menetapkan hukuman penjara empat tahun tersebut berjalan serentak bagi ketiga-tiga pertuduhan terbabit.

“Faiq didakwa mengikut Perkara 246(1) Kanun Keseksaan Jepun berkaitan kesalahan menipu harta.

“Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu Tokyo, Osaka dan Toyama,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! 23 Januari lalu melaporkan Muhammad Faiq yang merupakan graduan politeknik di Perlis dilaporkan hilang sejak November lalu rupa-rupanya ditahan pihak berkuasa Jepun kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan telefon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN