fbpx
Keadaan mayat mangsa yang dijumpai terlangkup di kawasan anak air di Kampung Pulai, Gua Musang kelmarin. FOTO IHSAN POLIS

Mayat lelaki Thailand dijumpai terlangkup dalam anak sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Mayat seorang lelaki warga Thailand dengan kesan tetakan pada beberapa bahagian anggota badan dijumpai dalam keadaan terlangkup di kawasan anak air di Kampung Pulai di sini kelmarin.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima maklumat mengenai penemuan mangsa, Manah Maemoh, 48, yang bekerja sebagai penoreh getah kira-kira pukul 2 petang oleh salah seorang rakan senegaranya selepas mencari lelaki tersebut yang hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring dan terlangkup tanpa seurat benang berhampiran kawasan batu di dalam anak sungai.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa mendapati, banyak kesan tetakan selain
luka dipercayai akibat senjata tajam pada bahagian kepala, muka, leher, tangan dan kaki.

“Mangsa tinggal di rumah kongsi di dalam kebun getah yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi dia temukan mati.

“Siasatan lanjut mendapati, mangsa dipercayai bertengkar dengan seorang lagi rakan senegaranya yang berusia dalam lingkungan 40-an tahun sebelum hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Choon Foo memberitahu, hasil bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang semalam mendapati, kematian lelaki itu berpunca daripada luka tetakan pada muka dan leher.

Menurutnya, rakan yang dipercayai bertengkar dengan mangsa ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN