fbpx
Fadillah beramah mesra dengan tetamu ketika hadir selepas Majlis Sambutan Hari LHDN Ke-30 Tahun 2026 di Ibu Pejabat LHDN, Cyberjaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

Sektor swasta jangan kekal kaedah lama, pertimbang aturan kerja fleksibel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru majikan swasta agar mempertimbang aturan kerja fleksibel seperti dilaksanakan sektor awam termasuk melalui amalan Bekerja Dari Rumah (BDR).

Anwar berkata, perkara itu penting demi mengurangkan penggunaan bahan api, meredakan tekanan kos serta mengekalkan produktiviti dan moral tenaga kerja.

“Dalam menghadapi risiko tekanan kos, majikan juga wajar lebih anjal dan pragmatik dalam mengurus operasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari LHDN Ke-30 Tahun 2026 di sini hari ini.

Teks ucapan Anwar dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sektor swasta tidak boleh kekal selesa dengan kaedah lama dalam dunia yang telah berubah.

“Sebaliknya, inilah masanya untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti, meningkatkan pelaburan dalam inovasi serta automasi, dan mencambah nilai tambah serta kemampanan,” katanya.

Katanya, kerajaan telah menyediakan kerangka Ekonomi Madani serta dasar yang jelas untuk mengangkat martabat dan harakat negara.

Jelasnya lagi, sektor swasta mesti memanfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang yang dibuka oleh ikhtiar reformasi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN