fbpx
Jengkaut mengalihkan serpihan susulan kerosakan pada sebuah bangunan kediaman yang diserang di Tehran pada 15 Mac lalu. - AFP

45,000 rumah di Tehran rosak akibat perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Hampir 45,000 rumah sebahagiannya rosak atau musnah di ibu negara Iran, Tehran akibat perang dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel setakat ini, dengan ratusan daripadanya perlu dirobohkan, lapor laman berita The New Arab.

Serangan besar-besaran membedil Tehran dan bandar-bandar utama lain di seluruh negara, mengurangkan aset ketenteraan dan kerajaan serta memusnahkan infrastruktur awam. Banyak kawasan kejiranan kediaman turut musnah.

Ketua Organisasi Pengurusan Krisis Tehran (TCMO), Ali Nasiri berkata, sejumlah 44,750 unit kediaman di ibu negara rosak setakat ini, di mana kira-kira 37,468 unit hanya memerlukan pembaikan kecil.

Pembaikan itu termasuk tingkap dan pintu, manakala 62 peratus telah disiapkan dengan baki kerja masih dijalankan.

Bagi rumah yang memerlukan pembaikan sederhana, Ali berkata, TCMO mengenal pasti 4,723 unit perumahan setakat ini. Ia termasuk kerosakan lebih meluas pada bilik dan kemudahan di dalam rumah, di mana struktur utama bangunan kekal utuh.

Tambahnya, sejumlah 400 bangunan yang merangkumi 1,507 unit perumahan, memerlukan perobohan dan pembinaan semula sepenuhnya di Tehran.

Selain itu, bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal, satu skim telah diwujudkan untuk membantu penduduk tinggal di penginapan hotel atau menyewa hartanah lain.

Selain ruang kediaman, Ali berkata, 8,393 kereta dan 527 motosikal telah dinilai dan permintaan pampasan telah difailkan.

Media kerajaan menganggarkan kos pembinaan semula di seluruh negara kira-kira adalah AS$270 bilion (RM1 trilion), satu jumlah besar untuk ekonomi yang terjejas akibat sekatan AS berdekad-dekad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN