fbpx
GAMBAR siaran semalam menunjukkan kapal USS Rushmore mengadakan operasi sekatan di Laut Arab. – CENTCOM

Iran balas dendam, dron serang kapal perang Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Iran semalam melancarkan dron menyasarkan beberapa kapal perang Amerika Syarikat(AS) di Teluk Oman sebagai membalas rampasan kapal kargonya, demikian menurut agensi berita Tasnim.

Presiden Donald Trump semalam mengumumkan bahawa Tentera Laut AS menyerang kapal kargo Iran,  Touska dan pasukan Marin kemudian merampas kapal itu.

“Kru Iran enggan mendengar arahan, jadi kapal tentera laut kami menghentikan mereka di situ juga dengan meletupkan lubang pada bilik enjin. 

“Sekarang, Marin AS mempunyai hak penjagaan ke atas kapal itu,” kata Trump dalam siaran di laman Truth Social.

Sebagai tindak balas, menurut Tasnim, Iran melancarkan serangan  dron ke atas kapal-kapal  perang AS di kawasan itu. Tentera AS masih belum menjawab dakwaan tersebut.

Secara berasingan, tentera Iran berkata bahawa pihaknya akan ‘membalas dendam terhadap kegiatan lanun bersenjata tentera AS’ sebagai tindak balas kepada pelanggaran gencatan senjata dan merampas kapal Touska.

Serangan dan serangan balas Tehran itu mendorong gencatan senjata AS-Iran ke ambang kehancuran. 

Walaupun White House  mengumumkan menghantar  delegasi yang diketuai Naib Presiden JD Vance ke Islamabad untuk rundingan, Iran masih belum mengesahkan penyertaannya. 

Gencatan senjata dua minggu yang diuruskan oleh Pakistan awal bulan ini akan tamat Rabu ini. Pakistan kini mengetuai usaha untuk melanjutkan gencatan senjata dan untuk rundingan berterusan bagi menamatkan perang tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN