fbpx
Tangkap layar hantaran pengguna di media sosial berkenaan dengan seorang bapa saudara yang sanggup menjaga anak buahnya sehingga besar.

‘Pak su janji jaga awak sampai besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kasih sayang seorang lelaki terhadap anak saudaranya yang kehilangan kedua-dua orang tua meruntun hati pengguna media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Threads oleh @biri2_comel, seorang lelaki yang dipanggil ‘pak su’ tekad memikul tanggungjawab penuh menjaga kebajikan anak buahnya sehingga dewasa.

“Tak apa, pak su janji jaga awak sampai besar. Makan, pakai dan pendidikan awak semua pak su tanggung sampai awak besar. Kalau pak su tak kahwin dulu pun tak apa buat masa ini asalkan awak tidak terabai,” katanya.

Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai dengan rata-rata mereka memuji keikhlasan lelaki tersebut.

Ramai yang menyifatkan tindakan mendahulukan kebajikan anak yatim berbanding urusan peribadi sebagai satu pengorbanan yang sangat mulia.

“Orang macam pak su juga bela saya dari kecil sampai jadi orang. Terima kasih atas pengorbanan pak su,” kongsi @xdanialsyahmix.

“Terima kasih orang baik, saya pun membesar dengan pak cik dan mak cik. Kita sendiri yang paksa pak cik kahwin. Semoga murah rezeki orang baik,” kongsi @Cik_cte.

“Aku rasa orang yang berkorban untuk keluarga contohnya tak kahwin sebab jaga anak buah atau ahli keluarga lain mesti ada sesuatu istimewa daripada Allah untuk mereka,” balas @alepnajmi95. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN