fbpx
Gambar hiasan

Kemelut pemerintahan NS: Orang ramai diingat tidak sebar kandungan cetus keresahan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang kandungan yang boleh mencetuskan kekeliruan atau keresahan awam susulan kemelut pemerintahan di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata orang ramai perlu bertanggungjawab dalam setiap kenyataan, ulasan dan perkongsian dibuat, sama ada secara fizikal atau di platform digital.

Menurutnya, tindakan menyebarkan maklumat tidak sahih atau bersifat spekulatif boleh menggugat ketenteraman awam selain menyentuh sensitiviti agama, raja dan kaum (3R).

“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang, tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada proses yang sedang berjalan tanpa sebarang gangguan,” katanya kepada pemberita di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN