fbpx
Gambar hiasan

Lelaki Korea diburu pihak berkuasa ditahan di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang lelaki warga Korea Selatan meloloskan diri dan berlindung di negara ini tidak bertahan lama apabila dicekup polis, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sebuah premis residensi di Bukit Jalil.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun memaklumkan tempoh sebenar suspek berada di negara ini masih belum dapat dipastikan kerana siasatan sedang diteruskan.

Difahamkan, lelaki berkenaan dikehendaki pihak berkuasa di negara asalnya atas kesalahan jenayah sebelum meloloskan diri dan dipercayai bersembunyi di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN