fbpx
FASHA menasihatkan individu yang mempunyai pasangan curang keluar dari rumah tangga bermasalah bagi mencari kebahagiaan sendiri.

Kalau pasangan curang, kita dah ada duit sendiri – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Aktres Fasha Sandha menasihatkan golongan wanita untuk mempunyai wang simpanan sendiri sebagai bekalan kecemasan sekiranya ditinggalkan pasangan yang curang.

Pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, 42, itu berkata, wang simpanan tersebut adalah penting bagi memastikan wanita yang ditinggalkan mampu meneruskan hidup tanpa lelaki di sisi.

“Sebenarnya lelaki dan wanita pun curang, itu adalah normal. Sebagai seorang wanita, saya berpendapat perempuan perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

“Sebab kalau pasangan curang, kita sudah ada duit sendiri.

“Kita buktikan boleh hidup tanpa seorang lelaki, itu untuk perempuan manakala lelaki pun kalau isteri curang, sudah ada duit sendiri juga, cuma tinggalkan saja dia,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Mengakui tidak mahir dalam memberi nasihat cinta, Fasha juga meminta mana-mana individu yang dicurangi lari daripada rumah tangga yang bermasalah bagi mencari kebahagiaan sendiri.

“Kalau kalian rasa dicurangi, tak perlu pun nak kekal sekadar untuk memujuk hati. Lebih baik fikir tentang perkara yang boleh membahagiakan diri sendiri.

“Saya bukan ‘doktor cinta’ sebab diri pun tidak sempurna tetapi apa yang boleh saya pesan ialah, wanita kena ada duit sendiri.

“Jika berlaku apa-apa dalam kehidupan, kita boleh teruskan hidup tanpa bergantung pada sesiapa pun,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada sedar mengenai lambakan cerita curang dalam media sosial terutama platform Threads sejak kebelakangan ini, dia memberitahu tidak mengambil tahu disebabkan jadual kerja yang padat.

“Saya tak baca Threads sangat, tidak kena dengan jiwa, tak sempat dan tiada masa, tidur pun tak cukup.

“Tapi bagi saya, orang sekarang sudah bijak, kalau diri dicurangi, tinggalkanlah pasangan sebab kita yang beri kebahagiaan pada diri sendiri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN