SHAH ALAM – “Kita di Kedah terbuka dan sesiapa saja boleh ‘mai’ untuk bertanding,”.
Itu kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengulas cadangan UMNO yang memerlukan figura seperti Khairy Jamaluddin bagi memacu semula kebangkitan politik di negeri itu.
Menurutnya yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, pihaknya bersikap terbuka dan mana-mana individu boleh bertanding pada pilihan raya di Kedah.
“Siapapun boleh mai bertanding dan tiada masalah. Kita tengok orang kedah nak kata apa la. Kita di Kedah ini ‘open field’ dan ‘free to everybody’. Kita negara demokrasi dan siapa yang mahu cuba nasib amat dialukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Anak Kedah di Perantauan di sini, hari ini.
Tambah Muhammad Sanusi, ibu Khairy juga sememangnya orang Kedah dan bekas Ketua Pemuda UMNO itu memahami budaya masyarakat negeri itu. – KOSMO! ONLINE














