fbpx
Anwar semasa hadir ke Majlis Sesi Rahmah Mesra dan Lawatan ke Masjid Gong Chapa, Pasir Puteh.

Peruntukan tambahan RM20 juta basmi kemiskinan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan di negeri Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut akan diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Kelantan.

“Meskipun masalah kemiskinan tegar selesai, tetapi masalah kemiskinan masih ramai termasuk di Kelantan. Peruntukkan khas itu untuk bantu rakyat di bawah kategori miskin,” katanya ketika berucap pada Majlis Sesi Rahmah Mesra dan Lawatan ke Masjid Gong Chapa di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Menurutnya, Mohd. Nassuruddin sebelum ini membuat permohonan tambahan untuk program membasmi kemiskinan.

“Hasil perbincangan tersebut, saya bagi peruntukkan khas itu yang diselaraskan oleh ICU JPM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN