fbpx
HISHAMMUDDIN antara yang diterima kembali ke pangkuan UMNO..

Hishammuddin, KJ antara 6,252 kembali ke pangkuan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin antara 6,252 bekas pimpinan serta ahli pelbagai peringkat yang diterima kembali menyertai parti itu malam ini.

Turut bersama dalam kelompok tersebut ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Menurut beliau, keputusan tersebut mencerminkan keterbukaan UMNO dalam menyatukan semula kekuatan parti demi menghadapi cabaran politik semasa.

“Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama 6,252 bekas Pimpinan dan Ahli di pelbagai peringkat diterima kembali ke rumah bangsa oleh MKT UMNO malam ini,” tulisnya di laman sosial.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian strategi konsolidasi dalaman UMNO menjelang landskap politik yang semakin mencabar.

Terdahulu, beberapa tokoh berkenaan sebelum ini digantung atau dipecat susulan perbezaan pendirian dalam parti.

Perkembangan terbaharu itu dijangka memberi suntikan baharu kepada UMNO dalam usaha memperkukuh kedudukan serta merapatkan saf kepimpinan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN