GUA MUSANG – Pengunjung di kawasan Taman Rimba di sini dikejutkan dengan penemuan ratusan ikan yang terdampar mati di sepanjang Sungai Ketil semalam. Kejadian itu membimbangkan pengunjung terutama apabila melihat keadaan air berbeza berbanding biasa dan dipenuhi ikan pelbagai saiz yang terapung di permukaan sungai. Seorang pengunjung, Muhammad Che Mahmood, 29, berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira pukul 7.45 pagi ketika tiba di lokasi untuk memancing. Katanya, pada awalnya, dia melihat keadaan air yang keruh sebelum menyedari terdapat pelbagai jenis……














