KONFLIK peperangan antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel telah mengubah landskap kehidupan masyarakat seluruh dunia. Ia mendorong kerajaan untuk melaksanakan beberapa dasar penting demi kesejahteraan rakyat. Antara langkah yang dilaksanakan adalah dasar bekerja dari rumah (BDR). Di Malaysia, lebih 200,000 penjawat awam terlibat dalam pelaksanaan dasar tersebut yang bermula Rabu lalu. Ketika pandemik Covid-19 kita sudah dilatih untuk BDR dan sewajarnya tidak menjadi masalah untuk kembali semula menjalani rutin bekerja dari rumah. Walaupun begitu, ada juga suara-suara yang melahirkan kerisauan…














