fbpx
Anwar ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Jangan anggap cuci tandas kerja tukang cuci sahaja – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua murid perlu dididik untuk menjaga kebersihan termasuk membersihkan tandas di sekolah.

Perdana Menteri berkata, amalan itu tidak wajar dipertikaikan kerana ia boleh dilakukan oleh murid tanpa perli mengira latar belakang keluarga dan kelas dalam masyarakat.

“Tapi saya faham ada juga segelintir ibu bapa yang membantah perkara itu di media sosial. Jadi, saya nak bagi nasihatlah, semua anak-anak kita ini tanpa kecuali, bukan golongan bangsawan semua.

“Semua kita dalam tanggungjawab, tandas kita guna dan kita perlu bersihkan ya,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya di sini, hari ini.

Katanya, beliau menyifatkan tugas itu bukan sesuatu yang rumit untuk dilakukan dan mahu semua ibu bapa memberi kerjasama sekali gus melatih anak-anak dalam menilai semua tugas dan kerja.

Mengulas lanjut, katanya, tugas membersihkan tandas sebenarnya bukan kerja hakiki tukang cuci.

“Jangan dianggap itu kerja tukang cuci, tukang bersihkan, jadi (seolah-olah) dia macam mengesahkan ada kelas dalam masyarakat,” katanya.

Anwar sebelum ini mengarahkan semua sekolah menyediakan jadual mencuci tandas melibatkan pelajar sekolah dalam memastikan kebersihan tandas sekolah di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN