fbpx
Mohd. Hanizam menunjukkan lori yang dirampas pihaknya di sebuah stesen minyak di Klang.

Pemandu lori ‘kantoi’ pindah diesel di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tindakan seorang pemandu lori membuat pemindahan diesel secara haram di sebuah stesen minyak di daerah ini memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa semalam.

Perbuatan lelaki berusia 40 tahun itu dihidu pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menerusi Ops Tiris 4.0, kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN negeri, Mohd. Hanizam Kechek berkata, pihaknya menahan lori bonded itu yang didapati mencurigakan dan sedang membuat pemindahan diesel di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut kemudian menemukan satu unit skid tank berkapasiti 5,000 liter di badan lori berkenaan. Tangki itu didapati berisi bahan api disyaki diesel dianggarkan berjumlah 1,000 liter,” katanya hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati pemandu itu tiada dokumen sah memiliki dan membawa barang kawalan berjadual jenis bahan api diesel.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961dan anggaran nilai rampasan mencecah RM50,000 dengan lori dan bahan api dibawa ke stor simpanan ekshibit bagi tindakan lanjut. Pihak stesen minyak itu turut disiasat mengikut Subperaturan 21(1) dan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 akta sama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN