fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Ingat staf hospital, wanita ‘terpaku’ diminta urus najis suami orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Niat seorang wanita yang hanya mahu membantu menjaga ahli keluarganya di hospital bertukar menjadi pengalaman memalukan apabila dia disangka jururawat oleh pelawat lain di sebuah hospital di Perak.

Menerusi satu perkongsian tular di media sosial, wanita dikenali sebagai Ainz mendakwa dia dihampiri seorang individu tidak dikenali yang secara tiba-tiba meminta bantuannya membersihkan najis seorang pesakit.

Menurutnya, ketika kejadian dia hanya memakai sarung tangan getah bagi tujuan kebersihan ketika menguruskan ahli keluarga yang sedang dirawat.

“Dia datang terus cakap, ‘boleh tolong cuci (najis) suami saya tak? Saya geli laa. Saya tergamam, terus cakap saya bukan jururawat,” katanya.

Tambah wanita itu, dia berasa serba salah namun pada masa sama terkejut dengan permintaan berkenaan yang dianggap tidak wajar.

“Saya pakai glove (sarung tangan) sebab jaga keluarga sendiri saja, bukan staf hospital. Memang rasa pelik sangat bila diminta buat benda macam tu. Suamu sendiri pun dia geli nak urus,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Kesian juga, mungkin dia dah buntu tak tahu nak minta tolong siapa. Tapi sebagai isteri, uruslah suami tu sendiri, tak akan semua nak serah kepada jururawat. Layan la semua anda sebaiknya dalam keadaan apa pun termasuk cuci najis mereka,” pesan seorang pengguna.

“Tak pasal akak jadi jururawat ‘express’,” kata Syikin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN