fbpx
RAMADHAN (tiga dari kanan) terus memainkan peranan besar buat Kuching City apabila cemerlang menyumbangkan dua gol. - MFL

Liga Super: The Cats terus serlahkan taring sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUCHING – Kuching City terus menyerlahkan kualiti luar biasa apabila meraih kemenangan besar 4-1 ke atas PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Ramadhan Saifullah nyata berada di kelas tersendiri dengan menyaksikannya cemerlang menyumbangkan dua gol buat The Cats sekali gus melonjakkan pasukan ke tangga kedua liga.

Terdahulu, tuan rumah memulakan permainan dengan garang apabila hanya memerlukan tempoh dua minit untuk membuka jaringan menerusi Ronald Ngah Wanja.

Bagaimanapun, The Cops memastikan 45 minit pertama berakhir 1-1 dengan menyaksikan Muhammad Amirul Wa’ie Ya’acob meledak gol penyamaan pada minit ke-42.

Kira-kira dua minit selepas aksi bersambung, tuan rumah kembali berada di depan menerusi penyudah sempurna Ramadhan sebelum menambah jaringan ketiga pada minit ke-62.

Selang lima minit selepas itu, Jerome Etame tidak melepaskan peluang untuk melakar namanya dalam senarai penjaring apabila melengkapkan jaringan keempat pasukannya.

Tiga mata kali ini seperti hadir tepat pada masanya untuk membangkitkan semangat Kuching City yang akan melayan kunjungan Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, juga di venue sama. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN