fbpx
Gol Gyokeres belum cukup bantu Arsenal untuk meraih keputusan positif pada aksi kali ini. - Foto ihsan FB Arsenal

EPL: Arsenal tumbang di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 1-2 kepada Bournemouth dalam aksi di Stadium Emirates, awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Cherres terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Eli Junior Crobe pada minit ke-17.

Bagaimanapun, The Gunners berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-35 apabila Victor Gyokeres tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena pertahanan lawan, Ryan Christie.

Bersambung pada babak kedua, Arsenal yang dikendalikan Mikel Arteta dilihat gagal meningkat mutu permainan khususnya jentera serangan yang diketuai oleh Gyokeres agak tumpul.

Bournemouth memastikan tiga mata berharga menjadi milik mereka menerusi jaringan padu Alex Scott pada minit ke-74 dengan keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal kekal dengan 70 mata selepas 32 perlawanan, sekali gus membuka ruang buat pencabar terdekat, Manchester City untuk merapatkan jurang apabila bertemu Chelsea, esok.

Keputusan ini jelas memberi tekanan besar kepada Arsenal yang terdesak untuk memburu trofi EPL pertama dalam tempoh 22 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN