TEMERLOH – Anggota tentera, Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, menghembuskan nafas terakhir di sini bapanya Rosafindi Tambi Chik,49, hari ini
Adik mangsa, Ainur Shazwani binti Rosafindi berkata, abangnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.34 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh..
“Abang meninggal dunia di hospital. Saya dengan ayah ada bersama ketika itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ainur Shazwani berkata, jenazah akan dikebumikan di Felda Sungai Kelamah, Gemas Negeri Sembilan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar bedah siasat akan dilakukan terhadap mayat mangsa di Hoshas hari ini. – KOSMO! ONLINE














