fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Lilysazwani di laman Threads.

Ibu terkilan, dakwa anak ditampar kerana tolong jaga kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ibu meluahkan rasa terkilan apabila anak lelakinya yang masih bersekolah rendah didakwa dikenakan tindakan fizikal oleh seorang tenaga pengajar hanya kerana lewat masuk ke kelas.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @Lilysazwani di laman Threads oleh anaknya yang berada di tahun tiga dikatakan ditarik telinga dan ditampar di hadapan rakan sekelas.

Menurutnya, kelewatan itu hanya beberapa minit selepas anaknya pulang dari tandas sebelum terserempak dengan seorang tenaga pengajar lain yang meminta bantuan menjaga kelas murid tahun satu.

“Dia lewat beberapa minit sahaja, sebab tolong jaga kelas lain. Tapi bila masuk kelas sendiri, dia kena tindakan fizikal depan kawan-kawan,” katanya.

Menurutnya lagi, tenaga pengajar yang meminta bantuan tersebut turut mengakui perkara itu dan memohon maaf atas apa yang berlaku kepada murid berkenaan.

Dalam perkembangan sama, wanita itu memaklumkan sedang mempertimbangkan tindakan lanjut termasuk membuat laporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam.

“Saya cuba tenangkan diri dulu dan berfikiran rasional sebelum buat keputusan seterusnya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa agar tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan kebajikan murid terjamin.

Seorang pengguna, @Poly.peppers yang mandalas dirinya sebagai peguam berkata, sebarang bentuk kecederaan fizikal terhadap murid boleh disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pihak ibu bapa berhak membuat laporan polis bagi memastikan kebajikan anak terjaga dan siasatan dapat dijalankan mengikut prosedur,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna mencadangkan agar laporan rasmi dibuat kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

“Ada prosesnya, jangan biarkan. Buat laporan supaya siasatan boleh dijalankan,” katanya @Misszoetiana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN