fbpx
Gambar hiasan AI.

Sorok surat tawaran sebab tak mampu hantar anak ke universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir individu mendedahkan mereka berdepan trauma berpanjangan selepas impian untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi disekat oleh ibu bapa sendiri atas alasan tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

Seorang pengguna Threads mendedahkan bapanya menyembunyikan surat tawaran untuk menyambung pengajian pada 2015 dan terbongkar selepas dia nekad bekerja hanya dengan menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Aku tunggu posmen hantar surat kemasukan tetapi tiada. Rupa-rupanya bapa aku sembunyikan sebab tidak mampu hantar sambung belajar,” katanya.

Selain itu, ada pengguna Threads yang berkongsi kisah arwah ibunya yang dikunci di dalam bilik supaya tidak dapat mendaftar masuk ke universiti hingga terlepas tarikh pendaftaran.

“Tok (datuk) aku buat macam ini dekat arwah mak. Arwah mak sudah siap kemas barang, tetapi tok kunci dia dalam bilik sampai terlepas tarikh daftar universiti,” ujarnya.

Rata-rata pengguna turut berkongsi beberapa bantuan kewangan yang boleh dimohon sekiranya ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

“Contohnya zakat negeri, bantuan kewangan one-off (sekali sahaja) negeri. Selama saya belajar, emak ayah saya tidak pernah jelaskan yuran sebab saya dapat bantuan kewangan,” katanya.

Menurut Makdiksalmah, meskipun masa lalu tidak boleh diubah, namun masa hadapan generasi akan datang terletak di tangan ibu bapa bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang.

“Walaupun berbeza taraf ekonomi, objektif utama setiap penjaga seharusnya mengutamakan pendidikan anak-anak kerana setiap usaha tersebut pasti dihargai oleh mereka suatu hari nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN