fbpx
Tertuduh yang berusia 17 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

Mahkamah Selayang kecoh jeritan ‘harapkan pegar, pegar makan padi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAYANG – Suasana di kompleks mahkamah di sini, kecoh seketika apabila suspek ketiga bagi kes dakwaan penderaan seksual di sebuah rumah kebajikan, tiba untuk berdepan pelbagai pertuduhan.

Suspek yang juga seorang remaja dan tidak boleh dinamakan mengikut undang-undang, dilihat menutup kepalanya dengan tuala ketika diiring masuk ke kawasan lokap.

Semasa dibawa ke lokap salah seorang lelaki warga emas dilihat mengeluarkan kata-kata ‘harapkan pegar, pegar makan padi.’

Difahamkan suspek ketiga merupakan pesalah juvana yang berusia 17 tahun yang juga penghuni rumah kebajikan itu dan berdepan dengan empat pertuduhan.

Semalam penjaga dan pengasas rumah kebajikan tersebut telah didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal termasuk persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap beberapa kanak-kanak lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN