fbpx
SEBUAH rumah yang dilanda banjir susulan hujan lebat di Kampung Bendang Pecah, Baling malam ini.

Baling dilanda banjir, hujan lebat sejak petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Kira-kira empat kampung di mukim Kupang dan Bakai, di sini dilanda banjir susulan hujan lebat sejak pukul 4 petang tadi.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Hangus, Kampung Bendang Pecah dan Kampung Bukit Iboi di mukim Kupang serta Kampung Sedim di mukim Bakai.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan lebat sejak pukul 4 petang hingga pukul 9 malam tadi mengakibatkan Sungai Kupang melimpah ke kawasan kampung berhampiran.

“Setakat ini terdapat empat rumah dinaiki air dan keadaan masih berjaga-jaga kerana masih hujan, ” katanya di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan penduduk kampung berhampiran sungai agar berwaspada dan segera berpindah jika air sungai melimpah untuk mengelak kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN