SEMANGAT kejiranan dan ukhuwah dalam kalangan penduduk perumahan di Bandar Pulai Jaya, Ipoh, Perak ini terus diperkukuhkan melalui penganjuran aktiviti memancing yang diadakan secara santai. Program yang melibatkan penyertaan penduduk pelbagai peringkat umur itu telah diadakan di lombong berhampiran kawasan perumahan kami. Aktiviti dianjurkan secara gotong-royong oleh penduduk itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran, di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti luar seperti memancing yang bermanfaat. Lokasi lombong yang dahulunya pernah dijadikan kolam ternakan ikan air tawar seperti……














