PETALING JAYA – Pelakon Ikmal Amry meminta orang ramai berhenti membanding-bandingkannya dengan aktor sensasi Indonesia Jefri Nichol kerana dikatakan memiliki wajah yang seiras.
Ikmal atau nama sebenarnya Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 31, berkata, perbandingan tersebut tidak perlu ditokok tambah memandangkan dirinya sudah memegang status sebagai seorang bapa.
“Sudah-sudahlah membanding-bandingkan.
“Aku ini bapa orang, anak nak masuk tiga, apa pun, salam kenal dik,” katanya dlaam platform Threads.
Perkongsian tersebut turut menaik perhatian Jefri yang aktif dalam platform tersbeut sejak beberapa hari lalu.
“Waalaikumsalam abang!
“Sihat selalu abang Ikmal dan keluarga ya,” ujarnya.
Sejak semalam, nama Ikmal menjadi bualan apabila terdapat individu mula menyamakan penampilan dan wajahnya dengan Jefri.
Perkara tersebut timbul selepas dia meledak dengan watak Fahim dalam drama Khianat Yang Terpilih. – KOSMO! ONLINE














