Baru-baru ini, penulis bertemu seorang rakan. Sudah lama kami tidak berbual panjang disebabkan komitmen masing-masing. Rakan penulis beritahu dia sudah berhenti kerja kerana mahu memberikan tumpuan terhadap keluarga termasuk anaknya yang masih bersekolah. Memang agak terkejut kerana dia sanggup melepaskan jawatan dan gaji yang besar. Lebih mengejutkan, alasan lain dia berhenti kerja kerana tidak sanggup menghadap kesesakan lalu lintas. Dalam meniti usia pertengahan, rakan penulis beritahu dia memilih untuk hidup dengan tenang, tambahan pula pasangannya mampu menyara mereka sekeluarga. Sabtu……














