fbpx
Tangkap layar video seorang pekerja warga asing menunaikan solat di kawasan lapang berdekatan projek pembinaan jalan.

[VIDEO] ‘Bila tidak melupakan Allah yang memberi rezeki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pekerja warga asing menunaikan solat di kawasan lapang berdekatan tempat kerjanya di projek pembinaan jalan mengundang keinsafan dalam kalangan orang ramai.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok Fadzlan Lazim memperlihatkan, pekerja warga asing itu sedang melakukan tahiyat akhir di dalam solat yang dilaksanakan di atas satu papan diletakkan di atas tanah kawasan lapang.

“Kerja lah berat macam mana pun, sembahyang jangan tinggal, orang tua cakap,” menurut kapsyen pada video dikongsikan Fadzlan Lazim.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang menunjukkan keinsafan terhadap pentingnya mengerjakan solat dan tidak sesekali meninggalkannya walaupun sedang mencari rezeki dengan bekerja.

“Dia cari rezeki, dia tak lupa Allah sebab dia tahu, Allah yang memberi rezeki,” komen Munira86.

“Orang kita tinggal solat selagi boleh. Orang lain susah senang, panas hujan, tetap solat,” kata Mohd Hanif.

“Kerja tetap kerja, tepi kewajipan sebagai hamba, dia tidak lupa. Hebat orang macam ni,” kata Hang77.

“Bila tidak melupakan yang memberi rezeki,” kata Zack1. – KOSMO! ONLINE

@fadzlanekin kijo la berata staro mno pown.,semaye jagn tggal ore tuo royak#foryoupage ♬ original sound – Edien_Official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN