fbpx
Tangkap layar gambar hantaran pengguna di media sosial berkenaan seorang lelaki membantu pak cik di sebuah stesen minyak semalam.

‘Terima kasih orang baik, semoga Allah sentiasa jaga pak cik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA — Seorang lelaki hiba saat membantu warga emas yang mengalami kesukaran untuk mengisi minyak motosikal di sebuah stesen minyak, semalam.

Menerusi satu hantaran pengguna di Threads oleh @ros_hidaya, dia memaparkan warga emas berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan sukar melihat nombor pada mesin pam dipercayai akibat faktor penglihatan yang kabur.

“Terasa sayu, teringat ayah. Singgah isi minyak, nampak pak cik nak isi tapi susah nak nampak nombor dan terus saya bantu,” katanya.

Tindakan murni itu menyentuh hati orang ramai dengan tidak dapat menahan air mata kerana teringat bapa masing-masing yang telah meninggal dunia.

Ada dalam kalangan warga kota yang baru sahaja kehilangan orang tua merasa cukup terkesan melihat gaya dan raut wajah warga emas tersebut yang seiras dengan arwah bapa mereka.

“Terus teringat arwah ayah. Hari ini baru sahaja 36 hari ayah pergi, cara naik motor dan gayanya seakan sama,” kata pengguna Nr_sathirah.

“Sedih sebak rasa dada tengok pak cik ini. Terima kasih orang baik, semoga Allah SWT sentiasa jaga pak cik ya,” kata pula pengguna Eanazaki.

Rata-rata orang ramai memuji tindakan lelaki berkenaan yang dianggap sebagai contoh terbaik kepada golongan muda dalam menyantuni warga emas di tempat awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN