fbpx
SEORANG wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Berapit, Tikam Batu di Sungai Petani.

Buah tidak terusik, warga emas ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Tanda tanya mengenai seorang warga emas yang tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu, termasuk buah yang dihantar kepadanya tidak terusik terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Berapit, Tikam Batu semalam.

Mangsa berusia 61 tahun itu dikatakan tinggal bersendirian dan tidak pernah berkahwin.

Menurut seorang jiran yang enggan dikenali, dia dan penduduk berhampiran berasa pelik apabila wanita terbabit tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

“Kami tak nampak kelibatnya sejak beberapa hari lalu, malah buah yang dihantar empat hari lalu masih ada dan tidak disentuh. Seterusnya laporan polis dibuat kerana bimbang dengan keadaannya,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit serius.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

“Kita percaya mangsa telah meninggal dunia kira-kira empat hingga lima hari lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat,” katanya.

Tambahnya, pihaknya menyiasat lanjut daripada pelbagai sudut termasuk kemungkinan terdapat unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN