fbpx
Nur Hana Sofea (tengah) perlukan dana sebanyak RM6,000 untuk menjalani rawatan jantungnya yang semakin membengkak.

Jantung Nur Hana Sofea membengkak, perlu RM6,000 untuk rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Seorang penghantar barangan di sini buntu ekoran kekurangan dana sebanyak RM5,000 untuk menghantar sampel darah anak perempuannya yang berusia setahun empat bulan dan menghidap penyakit jantung berlubang ke Taiwan.

Keadaan itu menyebabkan Muhammad Hilmi Syahrulnizam, 28, terpaksa menangguhkan sementara pembedahan jantung anak perempuannya, Nur Hana Sofea.

Menurutnya, anaknya itu mengidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan dan disarankan menjalani pembedahan secepat mungkin kerana keadaan jantungnya kini semakin membengkak.

“Sepatutnya memang perlu lakukan pembedahan segera tetapi disebabkan saya tidak dapat menghantar sampel darah anak ke Taiwan yang memerlukan kos perbelanjaan sebanyak RM5,000 tidak termasuk pembedahan maka saya terpaksa menangguhkannya dahulu.

“Doktor yang merawat menjelaskan bahawa sampel darah anak saya perlu dihantar ke Taiwan kerana hanya di sana terdapat kemudahan khusus untuk mengenal pasti masalah dihadapi oleh anaknya,” katanya ketika ditemui di Sungai Kepar di sini hari ini.

Menurut Muhammad Hilmi, selepas keputusan ujian darah anak sulungnya diperolehi, barulah doktor dapat menentukan rawatan seterusnya termasuk pembedahan jantung.

“Bagi pembedahan jantung pula, ia boleh dilakukan di dalam negara dan doktor telah memberi dua pilihan sama ada melakukannya di Institut Jantung Negara (IJN) atau Hospital Serdang.

“Saya telah memilih Hospital Serdang kerana kos di IJN adalah tinggi manakala anggaran kos di Hospital Serdang adalah sekitar RM1,000 sebagai persedian awal,” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan kewangan bagi membantu adik Nur Hana Sofea boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Nurul Nisha 114589273659. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN