fbpx
Gambar Hiasan

Jabatan Penjara beri kerjasama penuh teliti laporan Suhakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Penjara Malaysia akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkaitan bagi meneliti laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung insiden di Penjara Taiping secara menyeluruh, terperinci dan berintegriti.

Jabatan berkenaan dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung laporan serta rumusan Panel Inkuiri Awam Suhakam berkaitan insiden provokasi prospek yang berlaku di Penjara Taiping tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, jabatan berkenaan memandang serius setiap dapatan, syor serta perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut termasuk dakwaan yang mengaitkan aspek pengurusan dan kakitangan penjara dalam insiden tersebut.

“Jabatan Penjara Malaysia sentiasa komited dalam memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan pemulihan

“(Ini termasuk) pematuhan terhadap hak asasi manusia dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan serta standard pengurusan penjara yang ditetapkan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, jabatan berkenaan turut menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan pramatang yang boleh menjejaskan proses penelitian serta tindakan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.

Pada Isnin lalu, Kosmo! melaporkan, Suhakam mengesyorkan Penjara Taiping dihentikan penggunaannya sebagai institusi tahanan dan dijadikan muzium susulan pelbagai isu infrastruktur serta keselamatan yang dikenal pasti.

Syor tersebut dikemukakan menerusi keputusan Panel Inkuiri Awam Suhakam berhubung insiden di Penjara Taiping pada 17 Januari tahun lalu yang mengorbankan tahanan, Gan Chin Eng, 61. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN