fbpx
Reen Rahim meluahkan rasa kagum melihat persembahan dan keterlibatan barisan anak muda dalam sebuah program realiti tempatan.

‘Jangan pandang rendah Gen Z, mereka bijak, cepat belajar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa kagum melihat persembahan dan keterlibatan barisan anak muda menerusi rancangan televisyen Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Melihat kepada impak dan kreativiti yang ditonjolkan anak-anak muda berkenaan, pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim, 38, meminta orang ramai agar tidak lagi memandang entah terhadap keupayaan mereka.

“Jangan pandang rendah Gen Z, mereka ini bijak, kreatif dan cepat belajar benda baru.

“Kadang bukan tak boleh cuma tak diberi peluang, kepercayaan dan ruang untuk berkembang. Bagus gila program ini.

“Bila cukup semua itu mereka boleh berkembang jadi luar biasa,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelakon filem Daddyku Gangster itu turut menitipkan pesanan agar tidak menggunakan pendekatan lama dalam mendidik anak-anak muda zaman sekarang.

“Berhenti turunkan trauma, ego dan cara didik lama yang asyik ‘aku makan garam dulu’.

“Dunia dah berubah. Kalau masih nak kawal semua benda, sila jadi dinosaur.

“Budak-budak ini bukan lemah, cuma perlukan kasih sayang, disiplin, sokongan dan orang yang percaya pada potensi mereka,” ujarnya lagi.

Selain itu, Reen juga mengakui sudah meminati peserta seperti CIk B dan Anggrek selepas melihat rancangan terbabit.

“Cik B, kita nak masuk kelab peminat awak. Tolonglah kita suka vibes Cik B.

“Ya Allah budak-budak TTMM, saya peminat CIk B dan Anggrek,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN