fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

‘Solat Aidiladha diawalkan, ada yang terlepas berjemaah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keluhan segelintir orang ramai yang mendakwa tidak sempat menunaikan solat sunat Aidiladha pagi tadi kerana waktu solat terlalu awal mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna di media sosial.

Menerusi beberapa hantaran tular di Threads, ada pengguna meluahkan rasa kecewa apabila sesetengah masjid dan surau mengadakan solat sunat Aidiladha seawal pukul 8.15 pagi berbanding kebiasaan sekitar pukul 8.30 atau 9 pagi.

“Dah kenapa pula solat Aidiladha pukul 8.15 pagi? Kesian ramai yang tak sempat solat hari ini,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna pula mencadangkan supaya semua masjid dan surau menetapkan waktu solat pada pukul 9 pagi kerana ramai didakwa terlepas untuk menunaikan solat sunat berkenaan.

Bagaimanapun, ramai netizen tampil menjelaskan bahawa solat sunat Aidiladha sememangnya disunatkan dilakukan lebih awal berbanding Aidilfitri bagi memberi ruang kepada proses ibadah korban dijalankan selepas itu.

Menurut mereka, perkara tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana ia sudah menjadi amalan sejak sekian lama dalam Islam.

“Raya korban memang disunatkan awal sebab nak bagi ruang orang buat korban dan agihkan daging.

“Kalau lambat sangat, nanti proses penyembelihan pun lewat sampai ke petang,” kata seorang pengguna media sosial.

Selain itu, ada juga yang menjelaskan bahawa waktu solat Aidiladha sebenarnya bermula selepas syuruk dan berlanjutan sehingga sebelum masuk waktu Zuhur, namun kebanyakan masjid memilih waktu lebih awal atas faktor pengurusan ibadah korban.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai turut mengakui tidak mengetahui hikmah di sebalik waktu awal solat Aidiladha sebelum perkara itu dijelaskan oleh pengguna lain.

“Baru tahu rupanya itu hikmah solat sunat Aidiladha awal. Sebenarnya kita yang kena rancang perjalanan, dah tahu nak pergi solat sunat, bangunlah awal,” komen seorang pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN