fbpx

‘Lebih baik saya kahwin lambat, takut salah pilih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menyedari fasa perkahwinan adalah satu komitmen besar, pelakon Siti Khadijah Halim tidak mahu terburu-buru dalam soal mencari teman hidup.

Siti Khadijah, 29, sanggup memegang status solo daripada tersilap melakukan keputusan terutama berkahwin dengan lelaki yang tidak tepat.

“Daripada kita membuang masa untuk mencuba, lebih baik dia cari orang yang tepat. Sayang boleh cuba dan cari, orang yang tepat itu susah.

“Jadi lebih baik saya kahwin lambat daripada berkahwin dengan orang yang salah. Saya pun hanya nak kahwin sekali sahaja.

“Tiada siapa hendak berkahwin banyak kali. Penat,” katanya dalam sebuah audio siar.

Bercakap mengenai kriteria, pelakon drama From Saga With Love itu meletakkan nilai tanggungjawab sebagai kayu ukur utama dalam mencari suami.

“Saya mahukan lelaki yang bertanggungjawab. Sekecil-kecil dia cuci pinggan yang dia makan, angkat tuala selepas mandi pun tanggungjawab dia sendiri.

“Kalau itu pun dia tidak boleh buat, dia tidak bersedia untuk berumah tangga.

“Pada saya, saya mahu mencari pasangan yang sama seperti saya. Kalau saya tidak jumpa dengan orang yang sebegitu, saya rasa susah.

Malah, Siti Khadijah turut menyifatkan tindakan cuba mengubah personaliti atau tabiat seseorang demi memenuhi kehendak diri sebagai satu perbuatan yang hanya membuang masa kedua-dua belah pihak.

“Apabila kita bercinta dengan seseorang dan dia memang 100 peratus lain dengan kita, kita akan buang masa antara satu sama lain untuk ubah diri dia ikut apa yang kita mahukan.

“Sedangkan dia adalah ‘puzzle’ orang lain. Saya mahu mencari puzzle yang melengkapkan puzzle saya.

“Daripada saya ubah dia untuk diri saya, lebih baik dia pergi dekat orang lain yang sesuai dengan dia,” kongsinya.

Meskipun menyimpan hasrat untuk berkahwin lebih awal, Siti Khadijah bagaimanapun akur dan redha dengan garis masa kehidupan yang telah ditentukan Tuhan untuknya ketika ini.

“Jika boleh putar balik masa, saya mahu berkahwin awal. Anak-anak saya mungkin sekarang ini sudah besar dan kami boleh luangkan masa bersama.

“Tetapi kalau kehidupan saya begitu, saya mungkin tiada di sini.

“Apa yang berlaku dalam hidup saya ada sebabnya,” ujarnya.

Sebelum ini, Siti Khadijah pernah meminta aktor Aniq Suhair yang sedang menunaikan umrah agar mendoakan dia bertemu jodoh.

Dia juga mengakui kesunyian sehingga menyebabkan dia mula terfikir soal jodoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN