fbpx
KEHADIRAN Buakaw (kiri) mampu menambah kehangatan aksi T-Fight All-Stars kali ini. - IG BUAKAW

Debaran aksi T-Fight All-Stars kian terasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars membuka tirainya di Stadium Titiwangsa pada 24 April ini dengan kehadiran ikon muay thai dunia, Buakaw Banchamek.

Kehadiran legenda sukan tempur berusia 44 tahun itu pastinya dinanti-nantikan peminat-peminat muay thai di Malaysia yang mahu menyaksikan sendiri kelincahan serta ketangkasan Buakaw di atas gelanggang.

Petarung dari Thailand itu dijadualkan berdepan bintang China, Mao Gaofeng pada pertarungan tersebut dengan Buakaw dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menamatkan aksi sebagai pemenang.

Berdasarkan rekod semasa, Gaofeng memiliki rekod 33 kemenangan dengan sembilan keputusan KO dalam 45 pertarungan, sekali gus mampu menggugat bekas juara dua kali kejohanan K1 World Max Champion itu.

Selain pertarungan antara Buakaw dan Gaofeng, ada tujuh lagi pertarungan lain yang dijangka mampu menarik minat penonton untuk datang dan menyaksikan kejohanan muay thai berkenaan.

Secara keseluruhan, T-Fight All-Stars akan menampilkan petarung-petarung dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus membuktikan status antarabangsa.

Sementara itu, penganjur juga yakin kejohanan tersebut bukan sahaja mampu menarik perhatian peminat sukan tempur, malah turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab sukan tempur di rantau ini.

Para peminat masih berpeluang untuk mendapatkan tiket masing-masing dengan melayari laman web www.ilassotickets.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN