PORT DICKSON – ‘Tidak sabar hendak ke Jordan dan berbakti kepada keluarga selepas tamat belajar nanti.” Demikian kata penerima keputusan cemerlang 11A+ Sijil Pelajaran Malaysia, Fakhrul Iman Zainudin, 18, selepas mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Jordan dalam pengkhususan ekonomi dan kewangan Islam. Tawaran itu diberikan sendiri oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bawah Program Pembangunan Bakat Muda (YTP), Mara kelmarin. Kata Fakhrul Iman, seawal hujung bulan ini atau selewat-lewatnya bulan hadapan dia akan mengikuti kursus……














