CADANGAN menukar kerajaan semata-mata untuk menurunkan harga minyak dunia bukan sahaja dangkal, malah menunjukkan kegagalan memahami realiti ekonomi global yang semakin kompleks. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, harga minyak mentah dunia kembali melonjak susulan ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Konflik yang berpotensi mengganggu laluan utama bekalan minyak global di Selat Hormuz itu mencetuskan kebimbangan pasaran, sekali gus menolak harga ke paras lebih tinggi. Namun, ketika situasi memuncak, muncul suara sumbang mendesak kerajaan ditukar kononnya untuk menyelesaikan tekanan…














