Setiap kali keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, kita menyaksikan satu fenomena yang berulang bukan sekadar pengumuman keputusan, tetapi pengumuman ‘nilai manusia’ di mata masyarakat. Yang cemerlang diraikan seperti wira, yang sederhana dipandang biasa, dan yang kurang berjaya sering kali dihukum diam-diam. Seolah-olah sehelai slip keputusan mampu menentukan seluruh perjalanan hidup seseorang. Kita terlalu cepat membuat kesimpulan dan beranggapan bahawa masa depan anak muda boleh diramal hanya melalui beberapa huruf A, B atau C. Hakikatnya, SPM bukan penamat ia hanyalah……














