fbpx
MUZAFAR MOHAMAD

Risiko Jaslinda diserang binatang buas rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak Sabtu minggu lalu berpotensi rendah untuk diserang binatang buas atau tergelincir ketika mendaki gunung itu.

Menurut seorang malim gunung, Muzafar Mohamad, ia berdasarkan pengalamannya mendaki gunung tersebut sebelum ini selain terdapat kamera pengawasan hidupan liar oleh Perhilitan.

“Ketika ini, faktor ketahanan mental dan fizikal memainkan peranan penting. Jadi saya berharap dia dapat melepasi ujian kritikal tersebut selepas lebih seminggu operasi pencarian,” katanya di sini hari ini.

Berhubung ikhtiar hidup Jaslinda, Muzafar berkata, pengalaman lebih 10 tahun dalam ilmu pendakian mungkin memberikan kelebihan kepadanya dan botol air, jejak dan makanan yang ditemukan mungkin memberikan potensi kepada penemuannya.

Jaslinda hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN