fbpx
SEORANG penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah van yang membelok masuk ke sebuah stesen minyak di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Johor.

Mekanik maut rempuh van polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah van polis yang membelok masuk ke sebuah stesen minyak di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu, mangsa Mohd Faizal Ismail,38, dalam perjalanan dari Kampung Sepakat menghala ke rumahnya di Taman Nusa Puteri di sini.

Katanya, semasa kejadian van yang dinaiki enam anggota polis yang selesai penugasan Ops Pangguni di Maran dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin.

“Apabila sampai di tempat kejadian van yang dipandu seorang anggota polis itu membelok ke kanan untuk masuk ke stesen minyak selepas memberikan laluan kepada beberapa kenderaan.

“Namun ketika itu van berkenaan dilanggar di bahagian sisi sebelah kiri oleh motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya akibat kejadian penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang van tidak mengalami kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan giat dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN