fbpx
Anggota KPDN Cawangan Tapah memeriksa dokumen di premis berkenaan, semalam. - Foto IHSAN KPDN

Padah jual minyak masak peket tapi ‘letak syarat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Sebanyak 714 kilogram (kg) minyak masak peket 1kg disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dari sebuah premis peruncitan yang menjualnya secara bersyarat, di sini semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi tersebut dilaksanakan hasil aduan orang awam yang mendakwa premis berkenaan mengenakan syarat pembelian ke atas minyak masak peket 1kg bersubsidi.

“Bertindak atas maklumat tersebut, kaedah penyamaran serta uji beli telah dijalankan pada pukul 10.30 pagi semalam dan mendapati aduan tersebut adalah berasas.

“Premis berkenaan dikesan mewajibkan pelanggan membeli barangan runcit lain sebagai syarat untuk mendapatkan minyak masak peket,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, tindakan kes telah diambil dengan menyita sebanyak 714kg minyak masak peket 1kg, dokumen perniagaan, lesen berkaitan serta invois pembelian.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,785.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan mengenakan apa-apa syarat jualan barang kawalan berjadual minyak masak peket tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN