fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia berkata, di Semenanjung, negeri yang terlibat adalah Kedah di daerah Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Perak, Kuala Lumpur, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Bera), dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat),” katanya.

Turut terjejas beberapa daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Marudi), manakala Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort).

MetMalaysia berkata, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN