fbpx
Gambar hiasan.

Sifar alkohol, rokok demi selamatkan nyawa rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia perlu beralih kepada pendekatan lebih tegas dan menyeluruh dalam menangani isu alkohol dan tembakau susulan kesannya yang semakin membimbangkan terhadap keselamatan jalan raya dan kesihatan awam.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, negara kini berdepan cabaran serius apabila penyalahgunaan bahan berisiko itu terus menyumbang kepada kemalangan maut, penyakit kronik serta kerugian ekonomi yang tinggi.

Beliau berkata, statistik global dan tempatan jelas menunjukkan keperluan perubahan dasar secara menyeluruh.

“Lebih tiga juta kematian setahun dikaitkan dengan alkohol dan lebih lapan juta akibat tembakau. Ini bukan sekadar angka, tetapi nyawa yang boleh diselamatkan.

“Di Malaysia, lebih 500,000 kemalangan jalan raya direkodkan setiap tahun dengan sekitar 6,000 hingga 7,000 kematian.

“Kes melibatkan alkohol walaupun tidak dominan, dikenal pasti lebih berisiko tinggi dan sering membawa maut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, beban ekonomi akibat kemalangan dianggarkan melebihi RM9 hingga RM10 bilion setahun, manakala lebih 27,000 kematian berkait merokok direkodkan dengan hampir satu daripada lima rakyat dewasa adalah perokok.

Katanya, pendekatan semasa masih bersifat reaktif dan bertoleransi terhadap risiko, sekali gus membuka ruang tragedi berulang.

“Ini isu nyawa. Setiap statistik adalah keluarga yang kehilangan. Malaysia perlu berani berubah demi masa depan lebih selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN