fbpx
Gambar hiasan.

Dua didenda buang puntung rokok, kayu palet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perbuatan dua lelaki membuang puntung rokok dan kayu palet mengundang padah apabila mereka didenda masing-masing sebanyak RM1,300 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman denda itu terhadap pekerja di sebuah rangkaian kedai kopi, Ahmad Farhan Abdul Ghani, 35, dan peniaga buah, Mohd. Hafizi Mohd. Roduan, 48, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan masing-masing yang dibaca secara berasingan.

Sekiranya tertuduh-tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, mereka boleh dipenjara selama sebulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Selain hukuman denda, kedua-dua lelaki selaku orang kena saman (OKS) turut dikehendaki menjalani khidmat masyarakat selama empat jam dalam masa sebulan bermula tarikh notis dikeluarkan.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Farhan didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam dan bukan di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud membuang sisa tersebut di sebelah sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, pukul 7.06 malam pada 3 Januari lalu.

Sementara Mohd. Hafizi didakwa membuang sisa pepejal iaitu kayu palet dan sampah perniagaan di tempat awam atau jalan awam dan bukan dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud membuang sisa tersebut.

Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara Selayang di sini, pukul 3.40 petang pada 17 Januari.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 77A (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 77A (2) akta sama dan boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat di bawah Subseksyen 77B (1) akta serupa.

Subseksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 dan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan.

Ia dilaksanakan selama tempoh tertentu setiap hari yang tidak melebihi empat jam, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah.

Terdahulu semasa prosiding, Mohd. Hafizi dan Ahmad Farhan yang tidak diwakili peguamn merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan menyesal dengan perbuatan yang dilakukan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari SWCorp, Wan Mohd Hardy Alias memohon mahkamah mengenakan hukuman denda berbentuk pengajaran terhadap kedua-dua OKS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN